Kabinet Dapur
Sebagai Pereka hiasan dalaman kami menitik berat setiap hasil kerja kami supaya ia nampak menarik dan selesa digunakan kepada setiap pelanggan kami. Diantara kesilapan yang kerap dilakukan pemilik dalam proses ubah suai dapur (jika tanpa bantuan pereka).....dari pengalaman kami ada beberapa kesilapan yang dilakukan
▪ Gagal menganggarkan saiz dapur yg hendak dibina dengan kesesuaian ruang untuk berjalan atau membuat kerja di kawasan dapur
▪ Singki dan dapur memasak terlalu dekat jaraknya, atau dapur memasak terlalu dekat dengan dinding atau panel peti sejuk
▪ Aliran udara tidak sempurna
▪ Kesilapan wiring, selepas wiring dibuat, pemasangan dapur dilakukan. Biasanya plug point untuk tempat oven dan hood
▪ Selain itu info yang tidak jelas dari pemilik
Dan pereka yang tidak berpengalaman tentang design asas kabinet dapur
Ulasan
Catat Ulasan