Singki

Singki bantu bentuk dapur hebat


Perletakkan singki di sudut dapur menjadi antara nadi utama membentuk ruang dapur dapat berfungsi dengan sempurna. Ini memandangkan proses susun atur yang praktikal di ruang dapur adalah berdasarkan 3 faktor utama iaitu ruang singki. Ruang penyediaan makanan dan perletakan peti sejuk

Terdapat beberapa jenis singki dan kegunaanya :



Satu Mangkuk 

  • Bentuknya ringkas sesuai dengan fungsi
  • Menggayakan singki jenis ini tidak memerlukan ruang yang luas
  • Ruang kaunter top menjadi lebih selesa untuk digunakan sebagai kaunter kerja
  • Menjadi ruang cuci terhad dan agak sempit

Dua Mangkuk
  • Singki berkembar popular kerana ciri-ciri dwifungsi iaitu digunakan untuk membasuh dan mengering
  • Amat praktikal bagi pencuci yg aktif

Tiga Mangkuk
  • Mangkuk tengah berfungsi sebagai tempat meletak sudu dan pinggan kering 
  • Tempat untuk menampung sisa kotoran dan makanan ketika memasak serta membasuh
  • Boleh juga digunakan sebagai tempat letak sayur dan buah semetara dibasuh

Mangkuk Bulat
  • Biasa digunakan untuk membasuh ringan
  • Memandangkan ia kecil tidak memerlukan ruang yg besar untuk menempatkanya

Mangkuk Bentuk D
  • Menampilkan gaya yang unik
  • Menyerlahkan rekaan ruangan singki

Bersudut
  • Sesuai dipasang dipenjuru sudut dapur
  • Sesuai mengisi ruang dapur terhad dengan pengayaan binaan kabinet L
  • Membuatkan dapur tampil menarik dan bergaya

Ulasan

  1. mcmmna nak tempah yg sink double bowl corner (bersudut)

    BalasPadam
  2. boleh cari dimana2 hardware kitchen cabinet..dan juga di kedai2 kitchen cabinet..buat sekali dengan kitchen cabinet :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular