Jumaat, 4 November 2011

Miliki kabinet dapur pada harga ekonomi

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan kos dalam merencanakan ruang dapur sempurna :

BERKUNJUNG KE TAPAK EKSPO

  • Biasakan diri anda mengunjungi ekspo berkaitan hiasan dalaman ia akan memberikan peluang kepada anda untuk memiliki set rekaan kabinet pada harga yang istimewa. Biasanya syarikat yang terlibat didalam ekspo akan memberi tawaran yg menarik. Ini akan memberi lebih nilai kepada anda
TEMPAH SEMASA HARGA PROMOSI
  • Kebiasaannya harga yang ditawarkan semasa promosi adalah lebih rendah daripada harga biasa. Pengguna yang bijak akan menggunakan peluang ini untuk memiliki rekaan kabinet yang berkualiti pada harga promosi
BUAT PENAWARAN
  • Lakukan tawar menawar. Anda boleh banyak kali melakukan penawaran sehingga anda mendapatkan harga paling hampir dengan harga borong mereka. Jangan malu untuk melakukannya, ini akan dapat mengurangkan kos dan penjimatan
JANGAN TERIKAT PADA JENAMA
  • Diantara jalan terbaik untuk mendapat harga yang ekonomi dan berpatutan pergilah ke syarikat perniagaan kabinet yang tidak mempunyai nama yang besar. Kebiasaannya syarikat kabinet tersebut menawarkan harga yang lebih rendah dengan tawaran produk yang sederhana dan berkualiti


RM4100

Material : Melamine alum frame
Table top : Concrete table



RM 8000++

Material : Arcylic and Aluminium Frosted glass
Table top : Solid Surface
Additional  : Breakfast table


RM2890
Material : Melamine Alum frame 
Table top : HPL mieco top
Additional : Hood + Hob + 1 bowl sink and Breakfast table

1 ulasan:

  1. saya membuat tempahan aluminium kabinet, kiraan L shape bawah ( 3 kaki + 10 kaki ) dan atas (10 kaki), ade accessories tempat letak pinggan yg boleh pusing dan set tempat letak sudu dan pisau dalam drawer. TOTAL RM8000... adakah terlalu mahal atau harga okay???

    BalasPadam